JMV Global Sdn. Bhd.

JMV Global Sdn Bhd (1151770-P) yang dijenamakan degan nama Aura Rezeki Malaysia ditubuhkan pada Febuari 2015. Pemilik penuh oleh Pn Julinda Miswan dan En Jamaludin Sulaiman. Perniagaan berasaskan dari Garam Bukit Himalaya ini bermula dengan produk Garam Mandian pada awal tahun 2015 dan kini telah berkembang kepada lebih 40 SKU (stock keeping unit).

Jenama Aura Rezeki

Aura Rezeki Malaysia menggunakan SISTEM EJEN bagi memastikan produk dapat disebarkan dan berkembang ke seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Indonesia. Sehingga tahun 2023 secara keseluruhannya JMV telah berjaya merekrut hampir 5,000 ejen jualan dan rakan niaga. Pada tahun pertama perniagaan syarikat mencapai jualan RM 1 Juta dalam tempoh enam (6) bulan pertama dan jualan terkumpul RM 10 Juta sejuta setahun melalui EJEN-EJEN secara online dan offline.

Our

mission

Menyebarkan dan memastikan pelanggan merasai kebaikan dan khasiat garam bukit Himalaya dengan menawarkan produk berkualiti tinggi dan dipercayai. Membimbing pelanggan melalui rakan niaga professional dan berdaya maju melalui Latihan Keusahawan seluruh Malaysia yang diadakan setiap bulan. Menaik taraf perubahan emosi pelanggan melalui seminar-seminar pengurusan emosi, memberi pendedahan dan kesedaran yang berkaitan kebaikan dan khasiat produk di seluruh Malaysia. Menggiatkan lagi usaha pembangunan dan penyelidikan (R&D) untuk mengeluarkan produk-produk baru yang lebih praktikal dan sesuai dengan peredaran zaman berkaitan garam bukit Himalaya.

Our

vission

Menjadikan Terapi Garam Bukit Himalaya Aura Rezeki pilihan No.1 pengguna bagi membangkitkan kesegaran emosi dan minda (Mental Emotion) serta bagi kegunaan kehidupan seharian.

Sign Up To Be Our Agent Now!

Do You Know?

Read Our Blog

AI-RED GALA

Alhamdulillah,Dengan rasa syukur yang tak terhingga, malam tadi JM menerima Anugerah Usahawan Saudagar Malaysia daripada

Read More »
Scroll to Top