Alhamdulillah,
Dengan rasa syukur yang tak terhingga, malam tadi JM menerima Anugerah Usahawan Saudagar Malaysia daripada Kesatuan Saudagar Malaysia di PWTC, bersama barisan tokoh-tokoh ASEAN, Jepun, Indonesia, Thailand, dan Singapura.
Anugerah yang tak pernah JM impi dan harapkan selama SEDEKAD DALAM PERJUANGAN PERNIAGAAN dan JM melaksana tugasan sebagai pemimpin kepada team dan masyarakat hanya berbekalkan amanah, ikhlas dan kasih sayang yang kuat
Masih lagi tidak percaya tatkala nama JM dipanggil untuk menerima anugerah ini
Anugerah ini adalah hadiah buat semua yang pernah percaya, yang pernah mendoakan dalam diam, dan yang pernah meniupkan semangat tatkala langkah terasa berat.
Ini bukan hanya tentang kejayaan, tetapi tentang perjalanan sebuah jiwa yang tidak pernah menyerah, tentang impian yang disulam dengan doa, kerja keras, dan keyakinan penuh kepada Allah.
Semoga kejayaan ini menjadi penyuluh untuk lebih ramai wanita bangkit, lebih ramai insan percaya bahawa tiada mimpi yang terlalu tinggi untuk digapai, selagi hati tetap bersandar kepada-Nya.
Terima kasih dari lubuk hati. Kita terus melangkah, dengan cinta dan kasih sayang bersulam penuh semangat perjuangan!

