TENTANG AURA REZEKI
Pengasas: AURA REZEKI
Usahawan JM Miswan adalah Pencetus Seminar Bangkit Cipta Sejuta dan produk Garam Syifa’ No 1 Malaysia. Pemasaran produk ini dengan jenamanya sendiri iaitu “Aura Rezeki” sememangnya mendapat sambutan luarbiasa daripada jiwa jiwa diseluruh negara termasuk di Singapura, Brunei dan Indonesia.
Pelaburan minima yang telah dibuat untuk menghasilkan produk garam ini telah berjaya membantu jiwa jiwa di luar sana untuk bangkit menjiwai nilai kehidupan yang sebenarnya. Beliau memanfaatkan sepenuhnya pengalaman menjadi pembekal barangan hadiah korporat dan pembekalan uniform selama lebih 10 tahun, Kini beralih kepada bidang kesihatan dan latihan. Kehadiran jiwa-jiwa sebagai rakan kongsi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan sememangnya membantu menjayakan perniagaan beliau secara berjemaah/berkumpulan
Hari ini beliau adalah Teraju Utama@CEO kepada syarikat JMV GLOBAL Sdn. Bhd. Syarikat ini selain daripada mengeluarkan produk2 kecantikan dan kesihatan berasakan garam, juga menganjurkan program-program latihan dan seminar untuk agensi2 kerajaan dan syarikat swasta.
Terbaru, jmv telah bekerjasama dgn
Dr Mir Hazil, seorang Konsultan Bio Energi dan Psikologi, untuk menubuhkan Akademi Aura Rezeki iaitu sebuah akademi yang menganjurkan kursus kemahiran terapi bio energi.
Bangkit dari pengalaman lalu, dengan harapan untuk melakukan “Penghijrahan Diri” kepada semua orang, maka tercetuslah idea menjalankan seminar “Jiwai Auramu”. Ia berkonsepkan inspirasi dalaman untuk jiwa-jiwa yang sedang mencari rentak hidup dan mengisi kekosongan kerohanian menuju MAKSUD KEHIDUPAN yang seimbang dan sebenar.
Beliau dan pasukannya telah berjaya mencetuskan “Fenomena Aura Rezeki dan Jiwai Auramu” kepada seluruh warga Malaysia. Ia merupakan suatu “kebangkitan jiwa” dalam bidang kesihatan dan latihan. Kini Pencetus No.1 Malaysia sebagai “The Best Product” dalam kategori “Penghijrahan Jiwa”.
Jumlah jualan syarikat dari jun 2015 sehingga Jun 2016 berjumlah lebih 10 juta.