JMV GLOBAL SDN. BHD.

JMV Global Sdn Bhd (1151770-P) yang dijenamakan degan nama Aura Rezeki Malaysia ditubuhkan pada Febuari 2015. Pemilik penuh oleh Pn Julinda Miswan dan En Jamaludin Sulaiman. Perniagaan berasaskan dari Garam Bukit Himalaya ini bermula dengan produk Garam Mandian pada awal tahun 2015 dan kini telah berkembang kepada lebih 40 SKU (stock keeping unit).

JENAMA AURA REZEKI

Aura Rezeki Malaysia menggunakan SISTEM EJEN bagi memastikan produk dapat disebarkan dan berkembang ke seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Indonesia. Sehingga tahun 2023 secara keseluruhannya JMV telah berjaya merekrut hampir 5,000 ejen jualan dan rakan niaga. Pada tahun pertama perniagaan syarikat mencapai jualan RM 1 Juta dalam tempoh enam (6) bulan pertama dan jualan terkumpul RM 10 Juta sejuta setahun melalui EJEN-EJEN secara online dan offline.